Kanda
Myojin terletak di jarak 5 minit berjalan kaki dari kawasan Akihabara, pusat
produk anime, manga dan permaian di Tokyo. Di sini, walau pun kelihatan biasa
di luar, anda akan mendapati Kanda Myojin sedikit berbeza dengan tokong Shinto
yang lain setelah masuk ke dalam.
Di
tempat menjual Omamori (Azimat), selain daripada azimat yang melindungi
seseorang daripada kemalangan dan mendatangkan nasib baik dalam pekerjaan serta
pelajaran, terdapat juga azimat yang melindungi computer daripada diserang
virus.
Azimat
sedemikian hanya boleh ditemui di Kanda Myojin. Satu lagi perkara yang
menjadikan Kanda Myojin sebagai tokong otaku ialah Ema (Kuda Lukisan), papan
hajat yang biasanya digantung di tokong Shinto.Hampir kesemua Ema yang terdapat di situ dihiasi lukisan manga oleh mereka yang berhajat.