Semasa ditemu ramah untuk filem barunya: Talk To
The Dead, Komatsu Ayaka berkata dia amat mengharapkan perhimpunan semula Pretty
Guardian Sailor Moon, siri drama adaptasi shojo manga popular Sailor Moon yang
disiarkan dari tahun 2003 hingga 2004.
Dalam siri tersebut, Komatsu memegang watak Sailor
Venus. Ia merupakan watak utama pertamanya dalam siri televisyen.
Menurut Komatsu, baru-baru ini adanya projek DVD
Ninpuu Sentai Hurricaneger: 10 Years After, makadia merasa Pretty Guardian
Sailor Moon yang juga menyambut ulang tahun ke 10 harus mempunyai projek
sedemikian.
“Walau pun 10 tahun sudah berlalu, setiap kali
kami (para aktres) keluar bersama, kami masih mempunyai semangat tinggi seperti
waktu penggambaran.” Kata Komatsu.
"Mungkin kami sudah tak sesuai memakai sut Sailor tetapi saya benar-benar ingin melakonkan kisah 10 tahun kemudian." Tambahnya lagi.
"Mungkin kami sudah tak sesuai memakai sut Sailor tetapi saya benar-benar ingin melakonkan kisah 10 tahun kemudian." Tambahnya lagi.