Berapakah rekod masa larian 100 meter anda? Jika
lebih lambat daripada 23.8 saat, anda tertewas kepada seorang nenek Jepun yang
berumur 90 tahun.
Pada 28 Julai lalu, Siri Kejohanan Veteran Atlit
Kyuushu ke 30 telah diadakan di Stadium Sukan Kagoshima. Bertanding dalam
kategori 100 meter wanita berumur 90 tahun dan ke atas, Morita Mitsu dari
Yatsushiro, Wilayah Kumamoto berjaya memecahkan rekod Jepun 50.9 saat dengan
masa yang disebut di atas!
Selepas pertandingan, Nenek Mitsu memberikan
komennya: “Memang sayang sekali sebab saya pernah mencapai rekod 21 saat semasa
berlatih. Pada masa akan datang, saya akan mencabar rekod dunia 23.18 saat.”
Sebenarnya, Nenek Mitsu merupakan pemegang rekod dunia sebelum ini. Pada tahun 2003, dia memecahkan rekod dunia dalam kategori 200 meter wanita berumur 80-84 tahun dengan masa 40.78 saat. Pada tahun 2005 pula, dia berada kategori wanita 85-89 tahun, mencipta dua rekod dunia iaitu 100 meter (19.83 saat) dan 200 meter (45.65 saat). Saksikan klip video mengenai Nenek Mitsu yang dibuat dua tahun lalu di: http://tiny.cc/ljlqw