Khamis, 26 Disember 2013

Soal Selidik: Hampir Separuh Orang Jepun Akui Dirinya Pekerja Malas


Apakah impresi pekerja Jepun kepada anda? Sudah tentu kita semua berpendapat bahawa mereka amat rajin menjalankan tugas. Namun, jawapan daripada diri mereka mungkin di luar jangkaan.
Baru-baru ini, akhbar Asahi Shinbun telah mengadakan satu kempen soal selidik yang bertanyakan: “Anda seorang pekerja rajin atau malas?” dengan melibatkan seramai 2,217 individu.
Keputusannya, 58% mendakwa diri mereka adalah pekerja rajin manakala 42% mengatakan diri mereka pekerja malas.
Namun, kita harus ingat bahawa dalam budaya Yamato yang sentiasa menyanjungi nilai kerajinan, standard orang Jepun terhadap konsep rajin dan malas sememangnya berlainan dengan kita.
Maknanya, mereka yang berada didalam golongan 42% itu mungkin sudah sangat rajin bekerja dalam standard kita.