Khamis, 26 Disember 2013

Cetusan Gunung Berapi Wujudkan Pulau Baru Di Selatan Jepun


Pada 21 November lalu, cetusan gunung berapi di lautan Jepun telah mewujudkan sebuah pulau kecil di perairan selatan.
Ini adalah kejadian pertama yang berlaku dalam tempoh berpuluh-puluh tahun Negara itu.

Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun mengesan pulau tersebut yang berdiameter 200 meter, menerusi asap yang menjulang tinggi ke udara di sekitar Kepulauan Ogasawara yang terletak 1,000 kilometer ke selatan Tokyo.
Pihak berkuasa telah mengesahkan bahawa pulau itu wujud akibat letupan gunung berapi di laut.

“Asap masih keluar dari pulau itu. Kami memberikan amaran pelayaran bahawa pulau tersebut wujud dari debu yang jatuh di kawasan sekitar.” Kata jurucakap dari agensi perikanan Jepun.
Menurutnya, pulau itu tidak akan kekal lama kerana ia akan lenyap disebabkan hakisan.