Siri Attack On Titan atau Shingeki no Kyojin ( 進撃の巨人 ) sangat terkenal sekarang dan sekiranya anda mahu merasai sendiri pengalaman ketika dimakan Titan, anda boleh mencapai fantasi ini dengan melawat pejabat Kodansha!
Patung kepala gergasi Titan ini dibuka untuk lawatan pengunjung pada setiap hari bermula jam 0930 pagi sehingga 1730 petang.
Siri anime Attack On Titan juga kini sangat ditunggu-tunggu dan ia juga menyebabkan jualan manga yang tinggi di mana jualan manganya kini telah mencapai melebihi 20 juta salinan.
Pada penghujung 2012, jualan manga hanya 10 juta salinan, jadi ia memang satu peningkatan yang besar. Sejak anime disiarkan juga, siri Attack On Titan memang meledak pada tahun ini!