Khamis, 18 Julai 2013

Ilustrator Secret Of Mana Meninggal Dunia



Artis dan ilustrator Hiro Isono yang turut menghasilkan siri permainan video Mana (Seiken Densetsu) meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung.

Isono dilahirkan pada 1945. Isono tamatkan pengajian dari Jabatan Pendidikan Seni, Universiti Aichi pada 1968 dan mula bertugas sebagai pelukis dan ilustrator sejak tahun 1970an.

Pada tahun 1991, dia telah menghasilkan visual utama untuk permainan Final Fantasy Adventure (Seiken Densetsu: Final Fantasy Gaiden) terbitan Square Enix.

Dia turut hasilkan ilustrasi untuk pelbagai siri termasuklah Secret Of Mana (Seiken Densetsu 2) pada 1993 dan Heroes Of Mana (Seiken Densetsu Heroes Of Mana) pada 2007.