Rabu, 23 Oktober 2013

Penerbangan Akhir Untuk Pikachu Jumbo

Kapal terbang kuning Pikachu Jumbo Boeing 747-400 All Nippon Airways telah melakukan penerbangan terakhir dengan melakukan pendaratan di Naha Airport.
 
Mula diperkenalkan pada 2004, Pikachu Jumbo mula menjadi terkenal dikalangan kanak-kanak tetapi syarikat penerbangan mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya bersama dengan kapal terbang Boeing 747 yang telah dimamah usia.
 
All Nippon Airways (ANA) mula melancarkan kapal terbang Pokémon yang pertamanya pada 1998, serentak dengan penayangan filem anime pertama Pokémon yang bertajuk Pokémon: The First Movie.
 
Kapal terbang ini turut dilengkapi dengan bekas makanan bertemakan Pokémon, beg cenderahati, hiburan dan serta seragam kakitangan yang bertemakan filem anime tersebut.