Jumaat, 4 Oktober 2013

Lebih Dari 70% Orang Jepun Puas Hati Dengan Kehidupan Mereka

Kerajaan Jepun telah mengumumkan keputusan soal selidik ke atas rakyatnya tentang tahap kepuasan terhadap kehidupan mereka.
 
Keputusan menunjukkan 71% daripada individu yang terlibat puas hati dengan kehidupan mereka, peningkatan 3.7% berbanding keputusan tahun lepas. Ia juga merupakan kali pertama peratusan soal selidik ini melebihi 70% dalam masa 18 tahun.
 
Pihak kerajaan percaya bahawa peningkatan ini disebabkan pemulihan ekonomi dorongan Abenomics, dasar ekonomi stimulatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Shinzo Abe.
 
Kempen soal selidik ini dijalankan oleh Pejabat Kabinet dari 6 hingga 23 Jun dengan melibatkan 10 ribu individu yang berumur 20 tahun ke atas di seluruh Jepun. Kerajaan Jepun menjalankan kempen sedemikian setiap tahun sejak 1958.