Selasa, 27 Ogos 2013

Space Pirate Captain Harlock

Ia adalah filem anime Jepun 3D terbaru diarahkan oleh Shinji Aramaki. Filem ini diadaptasi dari manga Space Pirate Captain Harlock oleh Leiji Matsumoto.

Pada 2010, Toei Animation mengumumkan bahawa mereka telah menghasilkan sedutan pembikinan semula menggunakan grafik komputer dan ia telah ditayangkan di Tokyo International Anime Fair pada tahun yang sama.

Pada tahun seterusnya, pra-tayangan Space Pirate Captain Harlock ditayangkan di Anneey International Animated Film Festival. Jalan cerita telah dihasilkan semula oleh Harutoshi Fukui untuk disesuaikan dengan masyarakat moden dan Toei turut menyediakan teknologi paling terkini untuk pembikinan filem anime ini.

Trailer pengenalan dengan penyampaian berbahasa Inggeris telah ditayangkan untuk promosi. Ia akan ditayangkan pada September akan datang.

Seiyuu:

Shun Oguri (Captain Harlock)
Haruma Miura (Yama)
Yu Aoi
Arata Furuta
Ayano Fukuda
Toshiyuki Morikawa
Maaya Sakamoto
Miyuki Sawashiro Kiyoshi Kobayashi
Chikao Otsuka