Isnin, 5 Ogos 2013

Robot Bercakap Di Angkasa Lepas

Jepun kini bersedia untuk mengambil satu langkah besar dalam teknologi pembinaan robot dengan bakal menghantar robot bercakap ke angkasa lepas dalam ekspedisi Soyuz TMA-11M Expedition 38/Expedition 39. Ini bermakna, perbualan pertama di antara manusia dengan robot di angkasa lepas akan berlaku.

Robot kecil dengan ketinggian 34cm dan seberat 1kg ini adalah hasil ciptaan bersama Toyota dan Universiti Tokyo. Diberi nama Kirobo, misinya dalam ekspedisi tersebut ialah menjadi teman bersembang angkasawan Wakata Koichi semasa bertugas selama 6 bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Wakata juga merupakan angkasawan Jepun pertama untuk memegang jawatan komander ISS; manakala sudah tentulah Kirobo merupakan robot pertama yang melawat ke stesen angkasa tersebut.

Keupayaan Kirobo termasuklah pengecaman wajah dab suara, pemprosesan bahasa semula jadi dan dilengkapi kamera video. Ia mempunyai rakan bernama Mirata sebagai robot simpanan. Saksikan laporan berkenaan di: http://tiny.cc/2o58zw