Rabu, 21 April 2010

Yura Yura Teikoku Berpecah

Dipetik dari Komik Remaja 19 April 2010

Pada 31 Mac, kumpulan rock Yura Yura Teikoku mengumumkan di dalam laman web rasmi mereka bahawa mereka akan berpecah.

Terdiri daripada vokalis/pemain gitar Sakamoto Shintaro, pemain bass Kamekawa Chiyo dan pemain dram Shibata Ichiro, kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1989 dan mengeluarkan album indie pertama mereka pada tahun 1992.

Pada tahun 1998, mereka menandatangani label rakaman MIDI selama tujuh tahun sebelum bertukar ke Sony Music Entertainment pada tahun 2005.

Pada tahun yang sama, mereka memulakan konsert di luar Jepun memberikan mereka populariti antarabangsa dan juga mendorong kepada beberapa penerbitan untuk pasaran Amerika Syarikat.

Di dalam pengumuman perpecahan mereka, Sakamoto menjelaskan bahawa sejak tahun ini, ahli-ahli kumpulan telah membincangkan masa depan mereka.

Mereka berasakan mereka telah mencapai apa yang telah boleh dilakukan sebagai kumpulan dan meneruskan kerjaya Yura Yura Teikoku telah menjadi satu kerja rutin.

Hasilnya, mereka memilih untuk berpisah dengan masing-masing merancang projek muzik yang berbeza.

Tiada ulasan: