Ahad, 11 April 2010

Komposer Jun Nujabes Telah Meninggal Dunia

Dipetik dari Komik Arena 5 April 2010

Laman web rasmi Hydeout Productions telah mengumumkan bahawa produser hip-hop Jun Seba yang lebih dikenali sebagai Nujabes telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang berlalu di Tokyo pada 26 Februari lalu.

Ambulan telah mengejarkan Nujabes ke hospital di daerah Shibuya tetapi mendiang gagal diselamatkan.

Nujabes muncul kali pertama pada 2003 bagi album koleksi kompilasi dan album solo pertamanya, Metaphorical Music.

Mendiang mengubah muzik bagi siri anime Samurai Champloo termasuk lagu pembukaan ‘Battlecry’. Mendiang telah meninggalkan beberapa trak di studio yang belum pernah dikeluarkan.

Tiada ulasan: