Dipetik dari KOSMO! Khamis 1 April 2010
Dua bintang besar Jepun yang selalu menjadi pujaan peminat, Takuya Kimura dan aktres Ryoko Shinohara kini bergabung dalam sebuah drama bersiri terbaru yang dijangkakan akan mendapat sambutan hangat.
Ini kerana baik Takuya, 37, atau Ryoko, 36, kedua-duanya sudah lama tidak beraksi di kaca televisyen. Takuya yang juga merupakan anggota kumpulan SMAP memang jarang muncul di tv, manakala Ryoko pula berehat sejak tahun 2008 selepas melahirkan anaknya.
Drama yang dijangka ditayangkan pada September tahun ini di saluran Fuji TV tersebut diberi judul Tsuki no Koibito (Moon Lovers). Ia turut dibintangi pelakon hebat daripada Taiwan iaitu Lin Chi-ling dan pelakon handalan Jepun, Shota Matsuda dan Keijo. Shota akan memainkan karakter Presiden Kimura manakala Keijo pula menjadi seorang model.
Dengan gabungan Takuya, Ryoko, Shota dan Keijo drama tersebut dijangka akan menjadi fenomena bagi penggemar drama bersiri Jepun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan