Rabu, 7 April 2010

Ito Masaki Menjadi Okaasan

Petikan dari Komik Remaja 5 April 2010

Agensi pengurusan Ito Masaki telah mengumumkan bahawa dia sedang mengandung dan dijangka melahirkan anaknya pada musim panas ini.

Di dalam satu kenyataan bertulis tangan yang difakskan kepada media, aktres popular berusia 32 tahun ini mengatakan bahawa dia telah mengandung enam bulan dan tidak akan mengambil sebarang tugas baru pada tahun ini.

Dia memberi petunjuk bahawa bercadang untuk meneruskan kerjayanya selepas menjadi seorang ‘okaasan’ atau pun ibu.

Lakonan sebelum mengandung Ito adalah iklan TV untuk Haku, produk pemutihan kulit Shiseido yang akan disiarkan pada bulan ini.

Selepas melakonkan peranan seorang ibu kepada empat orang anak di dalam filem tahun 2007, Life: Tengokude Kimini Aetara / Life: Jika Bertemu Dengan Awak di Syurga, Ito berkata: “Jika saya berkahwin, saya mahukan anak yang ramai.”

Pada November lalu, dia berkahwin dengan Enomoto Yoshinori, CEO syarikat pachinko yang terbesar Kyoraku Sangyo.

Tiada ulasan: