Ahad, 25 April 2010

Penulis Saman Polis Kerana Larang Manga Yakuza

Dipetik Dari Komik Arena 20hb April 2010

Akhbar Asahi Shimbun melaporkan bahawa penulis Manabu Miyazaki kini menyaman polis Fukuoka kerana menyuruh kedai serbaneka untuk menurunkan bahan bacaan berkaitan Yakuza dari rak mereka.

Menurut Miyazaki, 73 jilid manga dan tiga buah majalah telah diturunkan dari rak sebuah kedai pada akhir Disember dan diikuti kedai-kedai lain.

Antara tajuk yang diturunkan ialah manga berdasarkan kisah silam Miyazaki bersama Yakuza yang bertajuk Toppamono: Outlaw Radical Suspect atau Hidup Saya Dalam Dunia Bawah Tanah Jepun.

Miyazaki menuntut sebanyak 5.5 juta yen sebagai ganti rugi. Menurut polis Fukuoka, mereka menetapkan ordinan bagi mengekang pengaruh Yakuza.

Tiada ulasan: