Rabu, 7 April 2010

Pertemuan Peminat AKB48 Dibatalkan

Petikan dari Komik Remaja 5 April 2010

17 Mac, sebuah acara di mana peminat berpeluang untuk bertemu dengan lima ahli kumpulan popular idola AKB48 telah dibatalkan selepas pemalsuan tiket dikesan.

Jika semuanya berjalan lancar, peminat boleh bertemu dengan ahli-ahli Watarirouka Hashintai di dalam sesi berjabat tangan di Nagoya.

Kumpulan ini adalah Team B daripada barisan AKB48 yang terdiri daripada Oota Aika, Nakagawa Haruka, Hirajima Natsumi, Watanabe Mayu dan Ayaka Kikuchi yang baru sahaja menyertai mereka pada Februari lalu.

Acara tersebut adalah untuk mempromosikan single terbaru mereka, Akkanbe Bashi / Jabatan Akkanbe, tetapi dibatalkan oleh penganjur atas sebab penggunaan tiket palsu.

Tiada ulasan: