Dipetik dari Komik Remaja 12 April 2010
30 Mac, Akasaka Akira, bekas ahli kumpulan idola tahun 1980an, Hikaru Genji telah menerima hukuman 18 bulan penjara untuk perbicaraan kes dadahnya.
Dia ditahan pada Disember lalu kerana penggunaan dadah dan mengakui kesalahan itu di mahkamah pada awal bulan lalu.
Ini adalah kali kedua Akasaka disabitkan kesalahan di atas tuduhan dadah. Pada November 2007, dia didapati bersalah kerana memiliki dadah perangsang dan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dengan penggantungan 3 tahun.
Disebabkan kesalahan terkininya berlaku semasa tempoh penggantungan, dia akan menjalani hukuman itu juga, menjadikan hukuman penjaranya selama 3 tahun. Akasaka mempunyai dua minggu untuk merayu berkenaan hukuman terbarunya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan