Ahad, 11 April 2010

Sut Robot Bantu Pekerja Ladang

Dipetik dari akhbar KOSMO! 10 April 2010

Tokyo – Satu sut berkuasa yang dicipta sekumpulan penyelidik Universiti Pertanian dan Teknologi Tokyo, Jepun boleh meningkatkan kekuatan tangan dan kaki si pemakainya sekali gus dapat membantu warga emas yang kekurangan tenaga.

Rangka sut yang diperbuat daripada besi dan plastik itu mempunyai lapan motor elektrik selain alat pengesan yang boleh mengesan pergerakan.

Sut itu bergerak menerusi arahan yang disampaikan menerusi sistem pengecaman suara yang dicipta oleh Profesor Shigeki Toyama dan pasukan penyelidikannya.

Ciptaan seberat 30 kg itu mengambil selama 15 tahun dan akan dijual pada harga AS$10,736 (RM 34,239).

Kumpulan penyelidik itu mencipta sut itu dengan tujuan untuk membantu pekerja ladang memetik buah anggur dan sayur-sayuran. – Agensi.


Tiada ulasan: