Khamis, 15 April 2010

Imai Eriko SPEED Menghoskan Rancangan Bahasa Isyarat

Dipetik dari Komik Remaja 12 April 2010

Imai Eriko dari kumpulan SPEED telah dilantik sebagai hos baru untuk program bahasa isyarat terpanjang NHK, Minna no Shuwa yang disiarkan pada jam 7 petang setiap Ahad.

Imai adalah orang keenam yang menghoskan rancangan tersebut yang mula disiarkan pada tahun 1990. Penampilan pertamanya adalah di episod pada 4 April.

Pada tahun 2008, Imai mendedahkan bahawa anak lelakinya (kini berusia 5 tahun) mempunyai masalah pendengaran dan dia mula belajar bahasa isyarat.

Pada tahun lalu, dia tgelah pun menggunakan bahasa isyarat untuk lakonan di dalam filem Yuzuriha (Daun Yuzuri Anak Juga Di Sebelah Awak) yang diarahkan oleh Hayase Kentaro.

Tiada ulasan: