Selasa, 27 April 2010

Stereopony di AnimeNEXT di New Jersey

Dipetik dari Komik Remaja 26hb April 2010

Konvensyen anime AnimeNEXT telah mengumumkan bahawa tetamu muziknya untuk tahun ini adalah kumpulan rock Stereopony yang pernah menyumbangkan lagu tema kepada beberapa siri anime termasuklah Bleach dan Mobile Suit 00.

Ini akan menjadi persembahan Stereopony yang pertama di konvensyen anime Amerika, walau pun mereka telah membuat persembahan di negara tersebut pada tahun 2009 di festival filem dan muzik, South by Southwest di Austin, Texas.

AnimeNEXT akan diadakan di Somerset, New Jersey pada 18 hingga 20 Jun. Persembahan kumpulan ini akan berlangsung pada 18 Jun dan mereka juga bercadang untuk mengadakan sesi autograf.

Tiada ulasan: