Selasa, 27 April 2010

Oshima Mai Menjadi Solo

Dipetik dari Komik Remaja 26hb April 2010

Oshima Mai akan membuat kemunculan sebagai artis solo. Di musim bunga akan datang, bekas ahli AKB48 yang berusia 23 tahun ini akan mengeluarkan single yang berjudul Mendokusai Aijo (Percintaan Yang Menyusahkan).

Oshima memasuki dunia hiburan pada Disember 2005 sewaktu dia lulus uji bakat untuk AKB48 generasi pertama dan menjadi ahli Team A.

Dikenali ramai sebagai Maimai, Oshima ‘tamat pengajian’ daripada kumpulan ini pada April 2009 dan menumpukan perhatian untuk menjadi personaliti tv.

Mendokusai Aijo telah ditulis oleh Maeyamada Kenichi yang pernah membuat muzik untuk artis-artis terkenal seperti Koda Kumi dan TVXQ.

Single ini akan diterbitkan melalui label rakaman terkemuka Avex pada 5 Mei, tetapi versi muat turunnya sudah boleh didapati melalui Chaku-uta pada 24 Mac.

Tiada ulasan: