Dipetik dari KOSMO! 30hb April 2010
Tokyo – Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama semalam cuba meraih sokongan kesatuan-kesatuan sekerja utama berhubung pertikaian kerajaan pimpinannya dengan Washington mengenai penempatan semula pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS), di negara nerkenaan.
Hatoyama sebelum ini berjanji akan menyelesaikan isu penempatan semula pangkalan tentera AS di Futenma ke Okinawa, selatan Jepun menjelang Mei ini.
Sokongan rakyat terhadap Hatoyama merosot berikutan pembabitan beberapa pemimpin Parti Demokratik pimpinannya dalam skandal rasuah selain kegagalannya memenuhi janji sewaktu pilihan raya pada tahun lalu. – AFP