Selasa, 5 Oktober 2010

Vokalis The Gazette Hilang Suara

Penyanyi utama band The Gazette, Ruki, dilaporkan hilang suara secara tiba-tiba sewaktu menyanyi dalam konsert jelajah band tersebut di Jepun baru-baru ini.

Menurut sumber, sewaktu menyanyikan lagu terakhir dalam konsert tersebut, Ruki tiba-tiba hilang suara. Menyedari akan masalah pada peti suaranya itu, pihak pengurusan The Gazette terus membawa Ruki ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati Ruki dijangkiti sejenis kuman yang menyebabkan dia kehilangan suara. Untuk pulih sedia kala, dia dinasihatkan agar tidak bercakap dan berehat dari sebarang aktiviti hariannya termasuklah menyanyi.

Sehubungan itu, sejumlah konsert The Gazette terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu bagi menunggu Ruki pulih sepenuhnya.