Kumpulan idola dari Osaka, NMB48 akhirnya membuat kemunculan sulung mereka pada 9 Oktober, bersama-sama dengan AKB48 di Tokyo.
Kumpulan dengan 26 ahli ini muncul dan dilabel sebagai “kenkyusei” (pelajar penyelidikan) generasi pertama kerana mereka baru sahaja selesai uji bakat pada bulan lalu, jadi ahli-ahlinya masih belajar dan belum lagi dimasukkan ke dalam kumpulan secara rasmi.
Terdapat 39 nama apabila keputusan uji bakat diumumkan. Namun, 13 gadis tidak disenaraikan di dalam laman web kumpulan tersebut yang baru saja dilancarkan.
Kini, seramai 26 gadis dalam lingkungan usia 12 hingga 18 tahun dengan usia purata 14.7 tahun telah dipilih.
Mereka akan membuat kemunculan teater pada tahun hadapan, namun lokasinya masih belum ditentukan.