Sabtu, 9 Oktober 2010

Tarikh Jelajah Akanishi Jin di Amerika Ditetapkan

Laman web rasmi bekas ahli KAT-TUN, Akanishi Jin telah memberikan sedikit maklumat tentang jelajah konsertnya yang akan datang.

Berjudul Yellow Gold Tour 3010, laman tersebut menyenaraikan lima tarikh persembahan antara 7 hingga 21 November.

Akanishi mempersembahkan konsert solo pertamanya di Amerika pada Jun yang lalu. Pada ketika itu, dia berkata dia sedang bercadang untuk membuat persembahan di tujuh bandar di Amerika pada bulan September dan Oktober, tetapi rancangan itu tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Jelajah kali ini akan membawanya ke lima bandar iaitu Chicago, San Francisco, Houston, Los Angeles dan New York.