KAWASAKI Heavy Industries Consumer Products and Machinery Company (Kawasaki) adalah industri yang mengeluarkan produk kepenggunaan di samping pengeluar barangan mesin.
Antara penghasilan yang dikeluarkan adalah pembuatan motosikal berkuasa tinggi, ATV, kenderaan utiliti, jet ski dan barangan mesin pelbagai guna.
Menggunakan slogan 'Biarkan Masa Baik Berputar', Kawasaki terus mengorak langkah mengukuhkan jenama.
Kawasaki memulakan pembangunan pembuatan mesin dan motosikal berkuasa tinggi pada tahun 1949. Pembangunan penciptaan itu selesai keseluruhannya pada tahun 1952 dan proses pengeluarannya bermula setahun kemudian. Enjin yang berjaya dicipta itu merupakan sebuah rekaan enjin yang lengkap dengan sistem penyejuk; 148 cc; OHV; 4-lejang silinder tunggal dengan daya maksimum 4 PS (2,9 kW; 3,9 hp) pada 4,000 rpm.
Pada tahun 1954, sebuah motosikal berjaya dicipta di bawah nama Meihatsu, anak syarikat kepada Kawasaki.
Pada tahun 1954, sebuah kilang yang dibangunkan eksklusif untuk pengeluaran motosikal siap dibina, dalam masa yang sama KAwasaki telah membeli syarikat Meguro Motocycles.
Semenjak itu, Kawasaki mula mencipta rekod sebagai salah satu pengeluar utama motosikal berkuasa tinggi di dunia.