Sabtu, 9 Oktober 2010

Album Nyanyian Semula Pertama Kumi Koda

Kumi Koda akan mengeluarkan album nyanyian semula pertamanya pada 13 Oktober dengan judul Eternity~Loves & Songs~. Album ini dipenuhi dengan lagu-lagu terkenal dengan gubahan yang berbeza daripada gaya R&B kepada elektro kepada akustik.

Koda yang meraikan ulang tahun ke 10 kerjayanya pada Disember ini bercadang untuk menghasilkan album ini pada 3 tahun yang lalu.

Pada Februari 2008, dia mula menghasilkan, mencari masa di antara album dan jelajahnya untuk memilih lagu yang tepat, menghasilkan gubahan yang unik dan menyempurnakan versinya.

Kebanyakan lagu dalam album ini adalah lagu daripada artis-artis terkemuka seperti Yamaguchi Momoe, Matsuda Seiko, Nakamori Akina, Go Hiromi dan Anzen Chitai.