Selasa, 19 Oktober 2010

Mizushima Hiro Berhenti Berlakon untuk Menulis

Mizushima Hiro sudah meninggalkan kerjaya hiburannya untuk menjadi seorang penulis, menurut akhbar Sankei Sports. Bekas agensi pengurusan Mizushima, Kenon Group mengesahkan laporan itu dengan menyatakan pelakon berusia 26 tahun itu telah berhenti dari agensi tersebut.

Mereka berkata minat Mizushima terhadap novel dan bentuk penulisan lain adalah sesuatu yang telah diketahui sejak dulu lagi.

Kerjaya Mizushima bermula sebagai model semasa masih belajar di Universiti Keio, Tokyo. Kemudian dia mencipta nama dengan mendapat watak utama di dalam siri Kamen Rider Kabuto.

Baru-baru ini dia mengambil bahagian di dalam filem adaptasi manga, BECK: Mongolian Chop Squad yang dijadualkan untuk ditayangkan pada bulan ini.

Kenon Group juga mewakili isteri Mizuhsima iaitu penyanyi Ayaka namun dia juga mengalami masalah kesihatan dan berhenti untuk menjalankan rawatan. Walau bagaimana pun, keputusan Mizushima tidak memberi kesan kepada kontrak Ayaka di dalam agensi.