Khamis, 28 Oktober 2010

Pekerja Buruh Berfesyen?


Tobi Shozoku (Pakaian Helang) adalah pakaian bekerja Jepun tradisional, terutamanya di dalam sektor pembinaan, pembalakan dan lain-lain.

Kini ia telah menjadi lebih berfesyen disebabkan Kaseyama, sebuah syarikat pakaian di Wilayah Okayama.

Sebab mengapa pekerja binaan memakai seluar yang labuh adalah kerana potongan yang besar itu membolehkan mereka memanjangkan kaki dengan selesa semasa memanjat bangunan.

Sesetengah pekerja menganggap pakaian itu menjadikan kerja mereka lebih selamat. Seluar yang labuh itu mudah tersangkut pada sesuatu, ini telah menjadikan mereka lebih berhati-hati apabila bekerja di tempat tinggi.

Semua ‘model’ pakaian Kaseyama pekerja binaan sebenar, tetapi sukar untuk membayangkan mereka memakai pakaian jenis ini semasa bekerja.

Tobi Shozoko biasa berharga daripada 6 ribu-8 ribu yen (RM220-300) untuk sepasang seluar dan 4 ribu-7 ribu yen (RM150-260) untuk bajunya, tetapi jenis yang berfesyen ini pula berharga daripada 30 ribu yen (RM1100).

Daihatsu jenama automobil terkenal Jepun


DAIHATSU Motor Co Ltd (Daihatsu) adalah sebuah syarikat pengeluar kereta terkenal dari Jepun.

Nama Daihatsu adalah kombinasi daripada dua perkataan Jepun iaitu ‘Dai” bermaksud enjin sementara ‘Hatsu’ bermaksud pengilangan. Kedua-dua perkataan kemudiannya digabungkan menjadi Daihatsu.

Ibu pejabat Daihatsu terletak di Ikeda, Osaka Jepun. Ia dibangunkan pada 1 Mac 1907. Pada 1951, Daihatsu dijadikan sebagai pengganti kepada organisasi Hatsudoki, iaitu sebuah organisasi yang terlibat dalam pembuatan dan pengedaran automobil.

Pada 1960, Daihatsu mula mengeksport kenderaan ke pasaran Eropah, namun penjualan di pasaran Eropah tidak menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sehingga tahun 1980an.

Pada 1992, Toyota diumumkan sebagai pengedar bagi kenderaan jenama Daihatsu bagi pasaran di Amerika Utara.

26 Ahli NMB48 Didedahkan

Kumpulan idola dari Osaka, NMB48 akhirnya membuat kemunculan sulung mereka pada 9 Oktober, bersama-sama dengan AKB48 di Tokyo.

Kumpulan dengan 26 ahli ini muncul dan dilabel sebagai “kenkyusei” (pelajar penyelidikan) generasi pertama kerana mereka baru sahaja selesai uji bakat pada bulan lalu, jadi ahli-ahlinya masih belajar dan belum lagi dimasukkan ke dalam kumpulan secara rasmi.

Terdapat 39 nama apabila keputusan uji bakat diumumkan. Namun, 13 gadis tidak disenaraikan di dalam laman web kumpulan tersebut yang baru saja dilancarkan.

Kini, seramai 26 gadis dalam lingkungan usia 12 hingga 18 tahun dengan usia purata 14.7 tahun telah dipilih.

Mereka akan membuat kemunculan teater pada tahun hadapan, namun lokasinya masih belum ditentukan.

Ahad, 24 Oktober 2010

Tarikh "Konsert" Hatsune Miku Ditentukan


Viz Cinema di San Francisco telah menetapkan 11 Oktober sebagai tarikh tayangan 'konsert filem' idola virtual Hatsune Miku.

Ini merupakan kemunculan pertama Miku di Amerika Syarikat Festival Anime New York juga telah menetapkan tayangan konsert untuk tahun ini yang akan diadakan pada 8 hingga 10 Oktober.

Pencipta Hatsune akan menjadi tetamu kehormat dalam konvensyen berkenaan. Antara tetamu lain yang dijangka hadir di NTAF 2010 ialah duo J-Rock; Puffy Ayumi, duo elektronik; Boom Boom Satellite dan bekas ahli Morning Musume; Rika Ishikawa.

Sayaka Akimoto letak jawatan

Ketua kumpulan wanita popular Jepun, AK48, Sayaka Akimoto, 22, telah membuat pengumuman untuk meletakkan jawatannya sebagai kapten kumpulan tersebut dalam satu temu bual di radio.

Keputusannya itu berkaitan dengan khabar angin negatif yang diterimanya.

Khabar angin kononnya Sayaka mempunyai hubungan istimewa dengan pengasas syarikat multimedia, Ouji Hiroi, 56, selepas ada saksi mendakwa Hiroi telah bermalam di apartmen Sayaka.

Sayaka telah meminta maaf sambil menitiskan air matanya berhubung khabar angin itu. Menurutnya, dia dan Hiroi menonton filem di apartmen miliknya tetapi Hiroi telah tertidur dan dia tidak sampai hati untuk mengejutkannya.

Gempar!: Cinta lesbian, Fukada Kyoko dan Utada Hikaru

Cinta unik dan menggemparkan, itu antara tajuk utama beberapa tabloid di Jepun. Mereka mendakwa aktres Fukada Kyoko, 27, dan penyanyi terkenal Utada Hikaru, 27, merupakan pasangan yang sedang hangat bercinta!

Baru-baru ini mereka berdua kerap dilihat di beberapa buah bar di daerah Shinjuku Nichome, Tokyo. Daerah tersebut merupakan lokasi bar gay dan lesbian terbesar di dunia.

Mereka berdua sering dilihat minum bersama dengan Fukada berpakaian lebih feminin manakala Utada lebih ranggi.

Ramai saksi sering terserempak dengan mereka berdua menghabiskan masa bersama di bar-bar sekitar kawasan tersebut. Bagaimana pun, belum ada kesahihan mengenai status hubungan mereka.

Ada yang mendakwa mereka sekadar teman rapat namun, ada juga mengatakan mereka merupakan pasangan kekasih dan hubungan Fukada dengan teman lelakinya putus disebabkan Utada.

Selasa, 19 Oktober 2010

A Samurai Tale in Hollywood



The director and stars of "Saigo no Chushingura" were in Los Angeles yesterday for the movie's 'Hollywood' premiere. It is the first major Japanese-language project taken on by Warner Brothers, and so it became the first ever Japanese movie to be screened in the Steven J. Ross Theater at the company's headquarters. 

Director Sugita Shigemichi (67) and stars Yakusho Koji (54) and Sakuraba Nanami (17) received a standing ovation from the audience of 500 industry professionals, including a rare public appearance by WB Chairman and CEO Barry M. Meyer. The movie is scheduled to open in Japan on December 18.

Titled "The Last Ronin" for its U.S. release, the movie is the latest in a long history of adaptations of one of Japan's most famous historical events. A remake starring Keanu Reeves (46) is also said to be in the works. 

It tells of the 47 Ako Roshi (masterless samurais of Akou) and is the quintessential tale of the "bushido" or samurai code. The story is often used to relate the Japanese world-view as it relates to honor and loyalty. 

The 47 samurai are left leaderless when their master is forced to commit "seppuku" (ritual suicide) for raising his sword against an imperial court official. The ronin plot their revenge though they know it will inevitably lead to their own deaths.

Mizushima Hiro Berhenti Berlakon untuk Menulis

Mizushima Hiro sudah meninggalkan kerjaya hiburannya untuk menjadi seorang penulis, menurut akhbar Sankei Sports. Bekas agensi pengurusan Mizushima, Kenon Group mengesahkan laporan itu dengan menyatakan pelakon berusia 26 tahun itu telah berhenti dari agensi tersebut.

Mereka berkata minat Mizushima terhadap novel dan bentuk penulisan lain adalah sesuatu yang telah diketahui sejak dulu lagi.

Kerjaya Mizushima bermula sebagai model semasa masih belajar di Universiti Keio, Tokyo. Kemudian dia mencipta nama dengan mendapat watak utama di dalam siri Kamen Rider Kabuto.

Baru-baru ini dia mengambil bahagian di dalam filem adaptasi manga, BECK: Mongolian Chop Squad yang dijadualkan untuk ditayangkan pada bulan ini.

Kenon Group juga mewakili isteri Mizuhsima iaitu penyanyi Ayaka namun dia juga mengalami masalah kesihatan dan berhenti untuk menjalankan rawatan. Walau bagaimana pun, keputusan Mizushima tidak memberi kesan kepada kontrak Ayaka di dalam agensi.

Sabtu, 9 Oktober 2010

Penyelidik Jepun Perkenalkan Model Robot Ganti Buruh


Proses penggantian manusia kepada penggunaan mesin dan jentera di tempat kerja melangkah setapak lagi apabila penyelidik Jepun memperkenalkan model robot yang dijangka mampu melakukan tugas buruh yang selama ini hanya mampu dilakukan manusia.

Pengeluarnya, Kawada Industries dan Institut Nasional Sains dan Teknologi Perindustrian Lanjutan (AIST) berharap, robot itu akan menjadi pencetus model yang dapat membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh negara itu yang mana warga tuanya semakin bertambah.

“Kami mereka bentuk robot bekerja dalam imej yang sederhana tetapi lasak seperti atlet padang dan balapan,” kata Pengurus Sistem Robotik Kawada, Noriyuki Kanegira pada sidang media melancarkan ‘HRP-4’.

Ia direka bentuk bagi membantu menyelidik membangunkan model yang berupaya menggantikan manusia dalam tugasan manual dan menjadi model ‘atlet’ terkini yang dihasilkan dalam tempoh hampir 10 tahun.


Pengeluaran kali ini adalah lebih serius seperti disebut dalam kenyataan bersama kedua-dua pembangun model itu.

“Ia menjadi tugasan terpenting Jepun untuk membangunkan robot yang berupaya melaksanakan tugasan ringkas dan berulang dalam usaha memenuhi pasaran buruh dalam negara yang semakin ramai penduduk tua dan keluarga yang semakin kecil,”katanya.

Model setinggi 151 sentimeter itu mampu berdiri di atas satu kaki, memusingkan pinggangnya, membuat pos ketika bergambar, berupaya memahami arahan suara dan menjejaki objek menggunakan kepalanya.

HRP-4 mempunyai otot yang bergerak secara lebih bebas berbanding model terdahulu dan mampu mengendalikan aplikasi perisian yang dibangunkan secara berasingan.

Kawada dan AIST akan mula menjual robot itu ke universiti dan institusi penyelidikan di Jepun dan seluruh dunia bermula Januari tahun depan.

Harga bagi HRP-4 yang dikatakan model ‘kos rendah’ itu adalah AS$306,000. Pemajunya berharap dapat menjual antara tiga dan lima unit setahun. - AFP

Album Nyanyian Semula Pertama Kumi Koda

Kumi Koda akan mengeluarkan album nyanyian semula pertamanya pada 13 Oktober dengan judul Eternity~Loves & Songs~. Album ini dipenuhi dengan lagu-lagu terkenal dengan gubahan yang berbeza daripada gaya R&B kepada elektro kepada akustik.

Koda yang meraikan ulang tahun ke 10 kerjayanya pada Disember ini bercadang untuk menghasilkan album ini pada 3 tahun yang lalu.

Pada Februari 2008, dia mula menghasilkan, mencari masa di antara album dan jelajahnya untuk memilih lagu yang tepat, menghasilkan gubahan yang unik dan menyempurnakan versinya.

Kebanyakan lagu dalam album ini adalah lagu daripada artis-artis terkemuka seperti Yamaguchi Momoe, Matsuda Seiko, Nakamori Akina, Go Hiromi dan Anzen Chitai.

Tarikh Jelajah Akanishi Jin di Amerika Ditetapkan

Laman web rasmi bekas ahli KAT-TUN, Akanishi Jin telah memberikan sedikit maklumat tentang jelajah konsertnya yang akan datang.

Berjudul Yellow Gold Tour 3010, laman tersebut menyenaraikan lima tarikh persembahan antara 7 hingga 21 November.

Akanishi mempersembahkan konsert solo pertamanya di Amerika pada Jun yang lalu. Pada ketika itu, dia berkata dia sedang bercadang untuk membuat persembahan di tujuh bandar di Amerika pada bulan September dan Oktober, tetapi rancangan itu tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Jelajah kali ini akan membawanya ke lima bandar iaitu Chicago, San Francisco, Houston, Los Angeles dan New York.

Rabu, 6 Oktober 2010

Kawasaki ambil masa 36 bulan cipta motor

KAWASAKI Heavy Industries Consumer Products and Machinery Company (Kawasaki) adalah industri yang mengeluarkan produk kepenggunaan di samping pengeluar barangan mesin.

Antara penghasilan yang dikeluarkan adalah pembuatan motosikal berkuasa tinggi, ATV, kenderaan utiliti, jet ski dan barangan mesin pelbagai guna.

Menggunakan slogan 'Biarkan Masa Baik Berputar', Kawasaki terus mengorak langkah mengukuhkan jenama.

Kawasaki memulakan pembangunan pembuatan mesin dan motosikal berkuasa tinggi pada tahun 1949. Pembangunan penciptaan itu selesai keseluruhannya pada tahun 1952 dan proses pengeluarannya bermula setahun kemudian. Enjin yang berjaya dicipta itu merupakan sebuah rekaan enjin yang lengkap dengan sistem penyejuk; 148 cc; OHV; 4-lejang silinder tunggal dengan daya maksimum 4 PS (2,9 kW; 3,9 hp) pada 4,000 rpm.

Pada tahun 1954, sebuah motosikal berjaya dicipta di bawah nama Meihatsu, anak syarikat kepada Kawasaki.

Pada tahun 1954, sebuah kilang yang dibangunkan eksklusif untuk pengeluaran motosikal siap dibina, dalam masa yang sama KAwasaki telah membeli syarikat Meguro Motocycles.

Semenjak itu, Kawasaki mula mencipta rekod sebagai salah satu pengeluar utama motosikal berkuasa tinggi di dunia.

Selasa, 5 Oktober 2010

KTMB dapat 14 gerabak Blue Train


Dipetik dari KOSMO! 5hb Oktober 2010

Kuala Lumpur - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka mampu menampung lebihan penumpang khususnya pada musim perayaan apabila bakal menerima 14 buah gerabak Blue Train secara percuma daripada Japanese Railway Kyushu dan japanese Railway East pada akhir tahun ini.

Menurut Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan, sumbangan itu adalah ekoran kunjungan bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat ke Jepun awal tahun ini.

Katanya, memorandum persefahaman (MoU) antara KTMB dengan kedua-dua syarikat terkemuka dalam pembuatan keretapi itu telah ditandatangani minggu lalu.

"Jika semuanya mengikut jadual, kesemua gerabak itu akan mula beroperasi selewat-lewatnya Januari tahun depan," ujarnya.

Menurut Aminuddin, meski pun usia Blue Train yang akan digunakan untuk perkhidmatan KTM antara bandar Pantai Timur telah menjangkau 30 tahun, namun spesifikasi enjin dan gerabak itu masih baik.

Katanya, gerabak itu mempunyai kapasiti 300 penumpang.

Drama Terbaru Horikita Maki

Heroin popular J-drama, Horikita Maki kembali lagi menceriakan dunia lakonan dengan drama terbarunya, Memoirs of Amnesiac Teenage. Drama tersebut yang menggandingkannya dengan Matsuyama Kennichi dikatakan agak unik kerana ia melibatkan kerjasama antara produksi Jepun dengan Hollywood.

Selain itu, watak yang digendongnya kali ini amat berbeza dari mana-mana watak yang pernah dibawa sebelum ini.

Dalam Memoir of Amnesiac Teenage, Maki membawakan watak seorang pelajar yang hilang ingatan selama empat tahun setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Namun, satu hal diingatinya hanyalah ciuman pertama daripada seorang lelaki sebelum berlakunya kemalangan tersebut.

Vokalis The Gazette Hilang Suara

Penyanyi utama band The Gazette, Ruki, dilaporkan hilang suara secara tiba-tiba sewaktu menyanyi dalam konsert jelajah band tersebut di Jepun baru-baru ini.

Menurut sumber, sewaktu menyanyikan lagu terakhir dalam konsert tersebut, Ruki tiba-tiba hilang suara. Menyedari akan masalah pada peti suaranya itu, pihak pengurusan The Gazette terus membawa Ruki ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Hasil pemeriksaan doktor mendapati Ruki dijangkiti sejenis kuman yang menyebabkan dia kehilangan suara. Untuk pulih sedia kala, dia dinasihatkan agar tidak bercakap dan berehat dari sebarang aktiviti hariannya termasuklah menyanyi.

Sehubungan itu, sejumlah konsert The Gazette terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu bagi menunggu Ruki pulih sepenuhnya.