Kejuaraan Kebangsaan Pokemon Jepun yang bertempat di pusat konvensyen Pacifico
Yokohama di Wilayah Kanagawa telah mengumumkan juara untuk kategori Junior,
Senior dan Master.
Pemenang bakal menempah tempat untuk menyertai Kejuaraan Dunia Permainan
Video Pokemon yang bakal berlangsung pada Ogos ini.
Pemilik akaun Twitter Viera nampaknya milik pemenang kategori Master iaitu
Shoma Honami. Dia turut berkongsi imej sijil kemenangannya di Twitter bersama
dengan teks mesej yang dihantar pada ibunya.
Nampaknya, jawapan ibunya terhadap kemenangan ini tidak begitu
memberangsangkan apabila ibunya menghantar imej “arnab yang tersenyum dengan
sopan” diikuti dengan teks: “Tolong cari kerja”.
Honami berjanji pada peminatnya dia akan bekerja keras untuk mencari kerja selepas ini. Nampaknya, Pokemon Master juga tidak terlepas dengan leteran ibunya, bukan?!
Honami berjanji pada peminatnya dia akan bekerja keras untuk mencari kerja selepas ini. Nampaknya, Pokemon Master juga tidak terlepas dengan leteran ibunya, bukan?!