Selasa, 25 Ogos 2015

Batu Nisan Love Live!!

Biasanya peminat setia anime akan melakukan sesuatu sebagai tanda penghormatan atau menunjukkan rasa minat yang mendalam terhadap siri anime kegemarannya dalam pelbagai bentuk seperti patung, lukisan, aksesori, bahkan pelekat pada kenderaan. Tapi bagaimana kalau ia dihasilkan dalam bentuk batu nisan?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Hide telah memuat naik foto-foto projeknya yang aneh ke internet iaitu foto-foto batu nisan berukirkan watak-watak dalam Love Live! School Idol Project.

Hide yang bekerja dalam bidang pengebumian menyatakan bahawa ini bukan projek komersil dan hanya untuk hiasan semata-mata.

Walau bagaimana pun, ia masih mengerikan, bukan?