Ahad, 23 Ogos 2015

Trailer Ultraman CG

Baru-baru ini sebuah klip trailer Ultraman telah menjadi viral di forum dan rangkaian sosial Jepun, menimbulkan banyak spekulasi sama ada ia sebuah projek rasmi atau pun hasil peminat.

Yang memberi kejutan kepada penonton ialah Ultraman di dalam trailer tersebut dihasilkan dengan CG dan bukan lagi oleh pelakon sut getah. Badannya bersinar-sinar, memantulkan cahaya seperti krom dan berotot-otot.