Ahad, 30 Ogos 2015

Universiti Guna Maskot Tarik Minta Pelajar Baru

Pernahkah anda melihat iklan atau promosi yang diadakan di beberapa kampus/universiti yang kadang-kala kelihatan membosankan? Tetapi di Jepun kini terdapat universiti yang menggunakan cara berbeza untuk menarik minat pelajar baru iaitu dengan menggunakan maskot anime.

Universiti Kyoto Gakuen mempunyai idea menghasilkan maskot anime rasmi mereka yang dinamakan Sono Uzumasa untuk membuatkan para otaku keluar dari bilik mereka dengan menarik minat mereka menggunakan gadis-gadis anime yang comel.

Ia untuk menggambarkan seolah-olah pengajian di Universiti Kyoto Gakuen akan menjadi salah satu pengembaraan anime yang menyeronokkan! Adakah anda berminat mendaftar menjadi pelajar di sana?