Selasa, 25 Ogos 2015

Simpsons + Akira = Bartkira


Apa yang akan berlaku sekiranya watak-watak dari siri animasi Amerika digabungkan dengan watak-watak siri anime Jepun? Pasti unik, bukan?

Bartkira Project adalah acara komik yang diasaskan oleh James Harvey pada tahun 2013 di mana setiap peserta harus menghasilkan semula ilustrasi dari manga Akira oleh Katsuhiro Otomo yang digabungkan dengan watak-watak dari The Simpsons oleh Matt Groening sebanyak lima halaman dengan gaya mereka sendiri.

Terdapat lebih 50 penyertaan yang boleh dilihat pada laman web rasmi Bartkira Project dan Kaitlin Sullivan selaku penerbit Moon Animate Make-Up telah membawa idea ini dalam bentuk trailer animasi!