Selasa, 25 Ogos 2015

Tempat Tinggal Love Live! Akan Diruntuhkan!

Nampaknya tempat tinggal watak-watak siri anime Love Live! akan diruntuhkan. Ramai mengetahui bahawa di Jepun, banyak tempat telah dijadikan latar untuk pelbagai siri anime sama ada rumah, pusat membeli-belah, sekolah, jambatan, taman, kuil sehinggalah bandarnya.

Namun, malangnya apabila salah satu tempat tinggal yang menjadi latar rumah watak anime Love Live! bernama Nico Yazawa akan diruntuhkan. Bangunan besar yang digambarkan sebagai tempat tinggal Nico dalam siri anime musim kedua Love Live! dikatakan tidak selamat dari segi piawaian gempa bumi. Tokyo Kouyuukai percaya bangunan ini akan runtuh jika berlakunya gempa bumi berskala besar.

Tetapi peminat setia siri ini tidak perlu risau kerana masih banyak kawasan yang pernah dijadikan latar untuk siri ini boleh dilawati.