Sabtu, 11 Julai 2015

Fairy Tail Zero Tamat Bulan Ini

Majalah Monthly Fairy Tail terbitan Kodansha isu ke-12 mengumumkan bahawa kedua siri iaitu prekuel Fairy Tail Zero oleh Hiro Mashima dan manga spin-off Tale of Fairy Tail: Ice Trail oleh Yusuke Shirato akan tamat pada isu ke-13 yang bakal dipasarkan pada hujung Julai nanti.
 
Fairy Tail Zero merupakan prekuel kepada manga Fairy Tail dan mengisahkan tentang kisah pengasas Guild Fairy Tail. Manakala Tale of Fairy Tail: Ice Trail pula berkisar tentang watak Gray sehinggalah dia menyertai Guild Fairy Tail.
 
Mashima telah melancarkan manga Fairy Tail Zero dalam isu pertama majalah Monthly Fairy Tail pada Julai tahun lalu dan Shirato turut melancarkan manga Tale of Fairy Tail: Ice Trail dalam isu yang sama.