Ahad, 5 Julai 2015

JAXA Rancang Projek Bulan dan Marikh

JAXA (Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun) sedang merancangkan projek untuk menghantar prob tanpa manusia ke Marikh untuk membawa pulang bahan galian daripada salah satu daripada dua bulannya iaitu Deimos dan Phobos.

Menurut pihak JAXA, prob tersebut bakal mengambil masa tiga hingga tujuh tahun untuk perjalanan pergi dan balik dari planet merah itu.

Selain daripada itu, satu lagi projek mensasarkan untuk mencapai pendaratan bulan kali pertama Jepun. JAXA telah menetapkan tahun 2019 untuk melancarkan prob bernama SLIM (Smart Lander for Investigating the Moon) untuk mendarat di permukaan bulan.

Cadangan ini telah pun disampaikan kepada Jawatankuasa Polisi Angkasa Kebangsaan Jepun.

Kerajaan Jepun meninjau semula Pelan Asas Polisi Angkasa pada Januari lalu. Meluluskan projek berskala sederhana di mana tiga unit prob akan dilancarkan dalam dekad seterusnya di mana prob pertama akan berlepas pada tahun 2021 atau 2022.