Sabtu, 11 Julai 2015

Sayonara Kazuya Tatekabe

Berita sedih untuk peminat siri anime Doraemon apabila Kazuya Tatekabe, senyu untuk peranan Giant pada tahun 1979 telah meninggal dunia dalam usia 80 tahun. Punca kematiannya adalah disebabkan kegagalan pernafasan akut.
 
Tatekabe mula mencipta nama atas peranannya sebagai watak Giant dalam siri Doraemon musim kedua yang ditayangkan antara tahun 1979-2005.
 
Tantekabe dilahirkan di Hokkaido merupakan lulusan dari jurusan seni teater di Kolej Universiti Nihon dan juga merupakan anggota dari rombongan teater Izumiza.
 
Antara peranan lain yang pernah dibawanya adalah watak Tonzura (Yatterman), Warusa/Walther dan Donzler (Time Bokan), Varacin (Casshan), Goriraimo (Dokonjo Gaeru), Dotechi (Hajime Ningen Gyatoruz), Chan (Legend of Galactic Heroes) dan Kamon (Mister Ajikko).
 
Selain itu, Tatekabe juga membawa peranan sebagai Roubaul (Fairy Tail) dan Colonel Tonoda untuk filem Ghost In The Shell: Stand Alone Complex: Solid State Society yang baru ditayangkan pada bulan lalu.