Pernahkah anda melihat iklan atau promosi yang diadakan di beberapa
kampus/universiti yang kadang-kala kelihatan membosankan? Tetapi di Jepun kini
terdapat universiti yang menggunakan cara berbeza untuk menarik minat pelajar
baru iaitu dengan menggunakan maskot anime.
Universiti Kyoto Gakuen mempunyai idea menghasilkan maskot anime rasmi
mereka yang dinamakan Sono Uzumasa untuk membuatkan para otaku keluar dari
bilik mereka dengan menarik minat mereka menggunakan gadis-gadis anime yang
comel.
Ia untuk menggambarkan seolah-olah pengajian di Universiti Kyoto Gakuen akan menjadi salah satu pengembaraan anime yang menyeronokkan! Adakah anda berminat mendaftar menjadi pelajar di sana?