Sabtu, 2 Februari 2013

Jepun Mahu Ubah Perlembagaan

Tokyo - Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, semalam menyuarakan hasrat beliau kepada Parlimen untuk mengubah Perlembagaan selepas Perang Dunia Kedua.

Menurut Abe, beliau akan memulakan langkah itu dengan meminda beberapa akta.

Disember lalu, pemimpin tersebut juga memaklumkan bahawa beliau akan mengkaji kemungkinan untuk mengubah definisi Angkatan Tentera Jepun yang terkandung dalam Perlembagaan pada masa ini.

Selain itu, beliau juga berhasrat untuk menjadikan Pasukan Pertahanan Diri (SDF) sebagai tentera sepenuhnya, satu rancangan yang dikhuatiri mungkin akan mencetuskan semula kekejaman pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua lalu. - AFP