Menurut informasi yang diberikan oleh pihak polis, bilangan kes bunuh diri di Jepun pada tahun 2012 jatuh ke bawah 30 ribu iaitu tahap paling rendah dalam masa 15 tahun.
Dari jumlah keseluruhan, 2/3 mangsa adalah lelaki. Statistik tersebut dikeluarkan oleh Agensi Polis Nasional, menunjukkan 27,766 individu menamatkan nyawa sendiri pada tahun lepas, dengan lelaki 19,216 orang dan perempuan 8,550 orang.
Pihak berkuasa juga mengatakan bahawa kadar bunuh diri di negara itu mula menurun pada tahun-tahun kebelakangan ini di mana kebanyakannya melibatkan golongan lelaki pertengahan umur.