Jumaat, 22 Februari 2013

Perkhidmatan 7Bank Oleh 7-11 Jepun

Apa yang anda buat setiap kali berkunjung ke dalam 7-11? Membeli minuman dan makanan? Atau pun menambah nilai kredit telefon bimbit? Di Jepun, keadaan jauh berbeza kerana 7-11 bukan lagi sekadar kedai serbaneka tetapi bank, 7 Bank!

Perkhidmatan perbankan 7 Bank memfokuskan penghantaran wang antarabangsa bagi kemudahan warga asing yang bekerja di Jepun. Laman web 7 Bank menyediakan 10 bahasa untuk membuka akaun secara atas talian. Apabila permohonan diluluskan, pengguna boleh melakukan penghantaran wang antarabangsa secara atas talian dan juga melalui 15 ribu kedai 7-11 di seluruh Jepun, 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Sebanyak 6 individu yang kerap menerima penghantaran wang boleh disimpan di dalam senarai pengguna. Perkhidmatan ini adalah penghantaran segera dimana sebaik sahaja proses disempurnakan, si penerima boleh mendapatkan wang jumlah berkenaan di mana-mana cawangan Western Union di lebih dari 200 buah negara.

Anda boleh menyaksikan iklan perkhidmatan ini di : http://tiny.cc/cykgrw