Ahad, 3 Februari 2013

16 Rahsia Doraemon Yang Anda Tidak Tahu

 1. Apa maksud nama Doraemon?

Sebenarnya ia dicipta dari dua patah perkataan: Dora dan Emon. Dora adalah seperti kucing jalanan yang liar. Manakala Emon adalah kata ganti untuk haiwan jantan dalam bahasa Jepun. Jadi, Doraemon bermaksud kucing jantan liar!

2. Bagaimana menulis Doraemon dalam bahasa Jepun?

 ドラえもん

3.  Tarikh lahir Doraemon?

Dilahirkan pada 3 September 2112 iaitu tarikh Doraemon dihasilkan. Doraemon adalah robot di zaman akan datang.

4. Doraemon ada kod pengeluaran?

Ya! Kod pengeluarannya adalah MS-903. Ini adalah nama asli Doraemon sebagai robot dan dengan nama inilah ia dipanggil oleh pemilik kilang robot di mana ia dicipta.

5. Apa warna asalnya?

Kuning. Setelah mengetahui yang telinganya digigit tikus, Doraemon berasa tertekan dan menyelinap ke atas menara sebelum meminum air ramuan berlabel "kesedihan". Ketika dia menangis, warna kuningnya luntur dan suaranya berubah disebabkan ramuan berkenaan. Sangat sesuai dengan pepatah Inggeris iaitu "in blue" yang bermaksud di dalam kesedihan.

6. Berapa jumlah alat di dalam poket Doraemon?

Terdapat 4,500 alat telah dikeluarkan dari poket sejak dari episod pertama sehingga kini. Alat yang paling terkenal adalah Doko Demo Doa (Pintu Ke Mana Saja), Take-copter (Alat Terbang Buluh), Kuukihou (Meriam Senapang Angin) dan Time Machine (Mesin Waktu).

7. Doraemon mempunyai nombor ajaib?

1293. Beratnya adalah 129.3kg dan tingginya adalah 129.3cm. Boleh berlari dengan kelajuan 129.3km/jam di dalam ketakutan serta boleh melompat setinggi 129.3cm ketika diancam bahaya. Kekuatan maksimanya adalah 129.3bhp. Lingkar pergelangan tangannya berukuran 129.3cm dan dicipta pada 3 September 2112 di kilang Matsushiba. Nampaknya angka 1293 ada di mana-mana sahaja.

8. Kenapa Doraemon dan Dorami dikatakan adik-beradik?

Dikatakan adik-beradik kerana mereka dihasilkan dari tangki yang sama dan Doraemon terhasil terlebih dahulu daro Dorami (2 tahun lebih tua) sehingga digelar sebagai abang. Kemudian Dorami juga telah disewa oleh keluarga Sewaishi.

9. Siapa nama teman wanita Doraemon?

Namanya Mii-chan dan ia adalah seekor kucing yang sebenar! Doraemon juga mempunyai bekas teman wanita bernama Noramyako dan telah pun memutuskan hubungan dengan Doraemon kerana merasakan terlalu pendek untuknya (selepas telinga putus digigit tikus).

10. Di mana terletaknya butang ON/OFF Doraemon?

Ia adalah sebuah suis berbentuk bola kecil bulat berwarna merah yang menjadi ekornya.

11. Doraemon penah bersekolah?

Pernah bersekolah di Robot School (Sekolah Robot / Robotto Gakko / ロボット学校)

12. Bagaimana prestasi Doraemon di sekolahnya?

Prestasi agak buruk sehinggakan tiada siapa yang mahu mengambilnya sebagai teman sehinggalah Sewaishi (cicit Nobita pada masa hadapan) sangat menyukainya dan menghantar Doraemon kepada Nobita iaitu datuknya yang berada pada masa lampau untuk menjaganya.

13. Doraemon ada kekuatan tersembunyi?

Sudah tentu! Tangan Doraemon memiliki kekuatan melekat dan daya sedut yang luar biasa sehingga semua benda boleh dipegang oleh Doraemon. Teknologi yang digunakan pada tangannya ini sama dengan daya graviti bumi di dalam skala mini. Inilah dapat menjelaskan bagaimana tangan Doraemon yang bulat boleh memegang barang.

14. Doraemon buang air?

Walau pun Doraemon adalah robot, sistem pencernaannya mampu mengolah apa saja bahan supaya menjadi sumber tenaga berbentuk sejenis minyak tanpa hampas. Sebab itulah Doraemon tidak pernah buang air.

15. Doraemon tidak sempurna?

Dia adalah robot yang tidak sempurna dan tambahan lagi Doraemon adalah produk sub-standard kerana banyak peralatannya tidak berfungsi dengan baik seperti loceng pemanggil kucingnya.

16. Kenapa Doraemon takut pada tikus?

Doraemon takut kepada tikus kerana trauma apabila telinganya digigit oleh tikus sewaktu dia tidur siang pada suatu hari.