Ahad, 3 Februari 2013

Black Butler Muncul Di Layar Perak!

Aktor Hiro Mizushima (Zettai Kareshi - Kanzen Muketsu no Koibito Robot) bakal membintangi filem aksi benar yang diadaptasi daripada manga terkenal Black Butler (Kuroshitsuji) oleh Yana Toboso yang akan ditayangkan pada tahun ini!

Kentaro Otani (NANA) dan Keiichi Satou (Tiger & Bunny, Karas, Asura) akan mengarahkan filem ini.  Ini adalah kemunculan pertama Mizushima selepas 3 tahun membintangi filem Beck. 

Mizushima membawa watak sebagai Sebastian Michaelis dan filem ini adalah 130 tahun selepas adengan di dalam manga. Kuroshitsuji mula disiarkan di majalah Monthly GFantasy terbitan Square Enix pada 2006 dan setakat ini dicetak sebanyak 14 juta salinan.

Manga ini turut menerima Anugerah Expo Jepun 2010 di Perancis bagi kategori manga shonen terbaik dan Anugerah Manga Antarabangsa Terbaik di Animagic Jerman pada 2011.