Sabtu, 26 Januari 2013

Hachiko Zaman Moden

Seekor anjing di bandar Iida, Wilayah Nagano telah menjadi tumpuan komuniti penyayang haiwan. Anjing ini didapati menunggu di tepi jalan di kawasan bukit dalam keadaan cuaca yang dingin malah bersalji. Ia enggan pergi dari situ dan hanya merenung ke arah kaki bukit seolah-olah menunggu kepulangan tuannya.

Pada 4 Disember lalu, sepasangan tua berusia 70-an menemui anjing itu duduk tegak di tepi jalan semasa mereka keluar untuk memandu.

"Jelas sekali ia terpisah dengan tuannya. Kemungkinan besar tuannya yang membuangkannya dan takkan kebali lagi. Kami berasa sedih melihat anjing ini dan ia mestinya sejuk dan lapar." Kata pasangan tua itu.

Pada 14 Disember iaitu 10 hari kemudian, selepas menerima ratusan panggilan daripada orang awam yang prihatin terhadap perkara ini, Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Iida membuat tindakan untuk meletakkan anjing itu dibawah penjagaan mereka. Anjing itu dikatakan berada dalam keadaan yang sihat kecuali kehilangan berat badan.