Sabtu, 5 Januari 2013

Rekaan Stadium Nasional Tokyo Baharu oleh Zaha Hadid



Zaha Hadid, arkitek United Kingdom berketurunan Iraq yang terkenal dengan hasil rekaan Pusat Akuatik Olimpik London 2012, telah memenangi tempat pertama dalam sebuah pertandingan mereka Stadium Nasional Tokyo baharu.

Penyertaan juara pertandingan ini akan menggantikan Stadium Nasional Tokyo yang dibina pada tahun 1958 dan digunakan sebagai stadium utama Olimpik Tokyo 1964.

Stadium berusia 54 tahun ini direka oleh Katayama Mitsuo dan dilihat sebagai lambang kelahiran arkitektur Jepun moden. Pembinaan stadium baru dijangka selesai pada tahun 2018 dan akan menghoskan Ragbi Piala Dunia 2019. Ia juga berpeluang menjadi tuan rumah Olimpik 2020 sekiranya Tokyo Berjaya dalam pembidaan.




 
Walau bagaimana pun, kemenangan Zaha Hadid telah menimbulkan kuatir di kalangan rakyat Jepun tentang isu terlebih bajet, memandangkan kos jangkaan pembinaan Pusat Akuatik London adalah 72 juta Pound (+/- RM 353 juta) tetapi memakan jumlah 270 juta Pound (+/- RM 1.32 bilion) apabila ia disiapkan!