Dipetik dari akhbar KOSMO! 12 Februari 2010
Tokyo – Seorang remaja perempuan Britain berumur 14 tahun, Rebecca Flint menduduki carta popular di Jepun selepas klip tariannya yang disiarkan menerusi lama web YouTube menjadi popular di internet, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia yang merupakan pelajar di sebuah sekolah di Isle of Man Island berjaya menarik perhatian peminat muzik negara matahari terbit tersebut apabila laman web tarian unik dirinya menjadi yang kedua paling banyak dilihat di Jepun.
Rebecca yang telah membuat persembahan secara langsung di Tokyo menyatakan dia mula menjadi terkenal selepas berjuta-juta orang melihat tariannya di YouTube.
Dia menari tarian pop muzik Jepun dan mengikut irama muzik kartun anime.
“Saya teruja dengan bilangan penonton yang saya peroleh. Saya sayang anda semua. Saya amat teruja.” Katanya.
Albumnya dijangka menduduki carta nombor satu selepas ia diterbitkan oleh Tokuma Japan.
Anak perempuan seorang anggota polis dan pengajar tarian, Rebecca menjadi popular kerana dia mempunyai mata besar, muka kecil dan tangan kurus sama seperti watak kartun.
Bapanya, Derek berkata: “Tidak ramai remaja perempuan yang dapat mengembara ke beberapa buah negara dan mempunyai pendedahan seperti itu.” – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan