Selasa, 16 Februari 2010

Kancil, kancil dan kancil! Bosan sungguh!



Oleh: Merkia

Kita selalu mendengar cerita rakyat atau dongeng yang berkaitan dengan haiwan cerdik, sang Kancil. Dengan kelebihan yang dimiliki, sang Kancil telah berjaya memperdayakan banyak haiwan termasuklah yang buas seperti buaya, singa, harimau dan sebagainya.

Dikatakan juga sang Kancil adalah haiwan yang angkuh dan lagi sombong sehinggakan mendabik dada serta mengakui dirinya raja rimba dan menyatakan sang Singa tidak layak menjadi pemimpin. Sang Kancil tidak bercakap di belakang tetapi di depan sang Singa serta warga rimba yang lain.

Namun begitu, sehebat mana pun kecerdikkan dan kebijaksanaan sang Kancil, haiwan ini tidak mampu mengatasi kecerdikkan serta kebijaksanaan manusia.

Allah S.W.T menganugerahkan manusia akal untuk berfikir. Dengan akal fikiran tersebut, manusia boleh memasang strategi untuk memburu dan menangkap sang Kancil. Begitu juga merancang kegiatan perniagaan dengan menjalankan penternakkan kancil demi mendapatkan keuntungan yang lumayan serta dagingnya.

Oleh itu, segala cerita rakyat yang diceritakan oleh datuk dan nenek kita dahulu tidak lagi relevan pada masa kini.

Kesimpulannya, sang Kancil tetap sang Kancil dan masih tergolong dalam kategori haiwan yang halal dimakan. Mustahil sang Kancil boleh bertukar menjadi manusia hanya kerana kecerdikkan dan kebijaksanaannya memperdayakan haiwan lain.

Tiada ulasan: