Sabtu, 13 Februari 2010

Becky Jadi Pengacara Winter Olympics NHK

Dipetik dari Arena Komik 5 Februari 2010

Saluran NHK telah mengummkan bahawa selebriti Becky (25) akan menjadi salah seorang pengacara bagi rancangan informasi yang dipanggil ‘Vancouver Olympics Best Selection’ yang akan ditayangkan dari studio Shibuya semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk.

Ini merupakan kali pertama NHK menggunakan pengacara dari luar studio mereka dan kali pertama Becky menjadi pengulas bagi olimpik. Menurutnya, dia sangat gembira dengan tugas ini. Oleh kerana dia mudah berasa gembira, dia perlu mengawal dirinya supaya tugasnya itu dapat dijalankan dengan tingkah laku orang dewasa.

Menurutnya juga, dia berminat untuk menyaksikan atlit peluncur ais Mao Asada (19) dan Miho Takagi (15) beraksi dalam kejohanan itu kerana usia mereka berdua yang masih muda tetapi sudah bersaing di peringkat dunia.

Menurut jurucakap NHK, Becky dipilih kerana ‘dia popular di kalangan semua peringkat usia dan mampu menonjolkan dirinya’. Becky akan menyertai pengulas veteran, Saburo Kudo dan Naoko Suzuki. Program ini akan berlangsung dari 14 hingga 28 Februari.

Tiada ulasan: